Hat yai
Intro : sepanjang trip ini kami hanya menaiki moto sewa disetiap penempatan yang kami duduki sebagai pengakutan utama dari menyewa tuk tuk.


15 Dec 2015
Selesai saja urusan passport di padang besar kami menunggu sementara pertukaran kepala train memandangkan train Thailand yang akan membawa kami ke hat yai. Bagi yang belum membuat pertukaran duit macam kami ni boleh la buat pertukaran duit kat padang besar ni. Ada seorang akak ni selalu je ada setiap kali ada train ke hat yai. So masa tu currency duit kita 8.33 baht per RM 1 kami tukar dalam RM 300 = 2499 Baht. Ni hanya untuk emergency case je. Sebab kami bercadang untuk withdrawl je kat ATM thai lagi untung. Kalau di hat yai banyak je CIMB Thai. Kalau guna cimb untuk withdrawl tak dikenakan charge. Tersangat la untung!!
Selepas selesai je pertukaran kepala train bermula la agenda meluru beramai-ramai kedalam train. Apa yang dikejarkan pun entah. Dari padang besar ke hat yai menggambil masa 45 minute. So dengan masa tu kami dah tak larat nak tidur dah. Ini la masanya untuk berborak2 memandangkan masa naik train semalam masing2 tidur je. Berdepan dengan katil kami ni seorang uncle peramah. Dia melancong dengan family. Jadi dia la banyak bagi tips kat kami memandangkan kami first time. Dia kata masa dia first time datang dia sorang2 sebelum berjumpa dengan orang Italy. Berborak punya berborak tak sedar dah nak sampai. Dalam pukul 12.30 waktu Malaysia. Jarak waktu Thailand dengan Malaysia lambat sejam sahaja.



Keluar je dari train terasa terik yang amat. Fuhhh boleh tahan panas Thailand ni. So secara kasarnye train station dia hat yai ni so back to 80s. Memandangkan kita sudah ada jejatas untuk melintas landasan tetapi sebaliknya di hat yai. Untuk melintas masih menyeberangi ditenggah landasan dan jarinagan di tengah itu lah yang memisahan dua landasan. Dan tiada electric cabel digunakan untuk menggerakkan train.
Keluar sahaja di train station terserempak dengan orang Malaysia yang misi nye sama macam kami untuk mencari sim card Thailand. So lokasi kedai sim card ni bersebelahan dengan Robinson mall. Keluar je dari train station jalan terus dan robinson mall ada di sebelah kanan. Rangkaian in nama nye “dtac” ala2 celcom la kat sana. Warna pun sama. Kat sini internet terhebak! 300baht sekali dengan sim card + internet 2.5 GB sebulan. Hanya dalam RM 32 je dan internet dorang selalunye 4G! memang laju. Selesai je pasal sim card ni kitorag bawak haluan masing2. Kitorng nak bagi feeling backpacker ni kitorg buat keputusan tak nak amek public transport untuk ke hotel kami. Selagi jaraknye kurang dari 2km lagipun kami nak emerge sendiri dalam environment sebenar disini kalau naik tuk tuk tak dapat tahu ceruk2 di hat yai ni. kami terus berjalan kaki degan panas terik dengan menggunakan waze ke hotel. Tak jauh pun dari train station ni dalam 1.3km. Sesampai je di hotel chudchada kami yang agak ceruk dari hub dorang ni kami merehatkan diri.. teguk air sikit. Hotel chudchada ni selesa dan ada disediakan kenderaan untuk disewa. Cakap je nak sewa apa dari motosikal ke van pun ada.


Disebabkan kami check in pun dah pukul 2.30ptg waktu thailand jadi kami postpone niat kami untuk sewa moto rasa membazir pulak memandangkan kami tak susun lagi jadual kami. Jadi kami keluar untuk melihat Bandar hat yai yang famous sebagai hub shopping ni. Kitorang naik tuk tuk dengan harga 30 baht seorang..disebabkan dah tak larat nak berjalan lagi iakan aja la.









Sampai depan Lee Garden plaza memamg meriah walaupun belum malam lagi. Jalan ni memang sibuk dan sesak. Kat sini adalah tumpuan pelancong. Sesak dengan orang Malaysia. Haha. Berdepan dengan Lee Garden ada central mall dan bersebelah lee garden ada pink lady. Pink lady ni tak da apa pun..dan aku pun tak tahu la kenapa famous sangat memandangkan ia adalah lorong kecik yang hanya jual printed baju. Bersebelahan central mall ni adalah lorong kecil diantara kedai2 makan. Yang famous kat lorong tu makanan fast food yang halal dan dorang sangat fasih bahasa melayu. Secara kasarnye tempat ni empat penjuru kawasan tumpuan. Lagi satu yang menariknya di hat yai ni dapat rasa pulut manga. Okey pulut manga ada 2 tempat satu berdepan lee garden satu lagi berdepan central mall. Yang aku try tu berdepan central mall dengan harga 50baht. Memang best la pulut manga sini diorang bagi setengah biji manga Cuma pulut nya agak sikit la. Tapi memang best.


Bercerita pasal lee garden ni kitorang masuk untuk tengok apa yang famous sangat dengan lee garden selain letupan bomb ni. Masuk lee garden dan kebanyakan shopping mall lain adalah sangat ketat kawalannya. Nak masuk mesti through metel detector dan beg kita kene check walaupun handbag. Lee garden ni bawahnya adalah shopping mall dan atas adalah hotel. So kalau nk acess ke hotel kene through pintu utama dan naik lif. Tingkat 4 keatas adalah hotel. First impression pada lee garden in tak ubah macam terminal one di seremban atau bawah sikit dari time square. No offence tapi betul. Dan central mall tu macam pakson. Bawah sekali gadget equipment, 2nd floor fast food 3rd floor baju dan atas sekali food court. Sama je kan. Ohh lagi satu kecik la tempat ni. Lepas pusing lee garden tu kami pun pergi ke lorong2 lain. Dari lorong lee garden ni sampai la 50meter penuh dengan orang buka kedai di tepi jalan. Kalau malam jangan cakap la sesak. Kami singgah di 7 eleven sebelah pink lady untuk menbeli roti dan sardine untuk sarapan esok. Kami ingat nak beli maggi ke untuk makan pagi esok tapi boleh dikatakan semua ada perisa “oink oink”. Yang sardine ni pun jenama ni je la yang halal yang lain tak da logo pun. So kena hati2 semasa menbeli. Yea la walaupun sardine tapi kita nak la yakin kan. Di 7 eleven ni ada atm CIMB so sangat senang nak withdrawl duit.
So untuk hari pertama ni teringn nak cuba restoran salma yang famous dikalangan Malaysian. Bemula la pencarian dengan waze ditangan. Tak jauh pun dari lee garden dalam 1km. Boleh je kalau jalan. Macam kami.. redah jalan je dalam masa yang sama boleh tengok dengan lebih dekat cluture diorang. Masa kami makan tu dalam pukul 5.00 petang. Restaurant salma tak la sesak masa tu.
So kami order nasi goreng kampong dengan nasi kari hijau. Terus terang portion nye sikit sangat bagi pemakan macam kami ni..dan tak la murah kami kena dalam 120-130 baht dua orang makan. Sama je kat Malaysia. Tapi nasi goreng kampong sedap lain dari restaurant thai kat Malaysia. Cukup masinnye kalau tak cukup dorang sediakan dengan kicap cair dengan cili.
Selesai je makan kami nak balik hotel sebab waktu hat yai pukul 6 petang dah gelap. Kami menggunakan waze untuk balik ke hotel. Dalam perjalanan kami singgah kedai buku dan beli map songkhla. Kami puas mencari map songkhla ni di lee garden dan 7 eleven tapi tak da. Kami cari map songkhla ni sebab nak dapat map yang detail untuk hat yai city ni.

16 Dec 2015
Bangun pagi kena bangun awal sebab pukul 6 matahari dah naik. So untuk agenda hari ni kami plan nak pergi menjelajah kuil diorang yang famous. Satu benda dekat Thailand ni famous sangat kuilnya. So untuk hari ni kami pergi ke empat tempat. Kami pergi ke receptionist kat bawah untuk sewa moto. Kat hotel chudchada ni menyediakan perkhimatan sewa moto, kereta. Dan ada je standby taxi moto dan tuk tuk sangat senang memandangkan kawasan kami ni kedalam sikit. Procedure untuk sewa moto macam biasa la kene bagi passport dan bayar 250 baht per day. Disebabkan kami menginap disini passport kami dia Photostat je, memang susah nak jumpa kedai sewa moto yang ambil passport copy je. So untuk tips korang cari la hotel atau guesthouse yang sediakan perkhimatan sewa moto atau kereta. Kalau korang datang lebih dari sorang korang bagi passport orang yang tak memandu untuk mengelakkan masalah berlaku. Untuk yang memandu sanagt la ditekankan yang anda kene sentiasa ada passport kalau anda melancong berseorangan minta pihak yang pegang passport anda tu bagi satu surat yang mengatakan passport anda bersama mereka. Sepatutnye memang ada disediakan surat. Apa2 pun korang kene Tanya receptionist korang.
Tempat pertama yang kami nak pergi adalah wat hat yai nai yang tak jauh hanya dalam 13 minute. Wat hat yai nai ni adalah kuil… kuil ni berdepan dengan pasar, masa kami pergi ni pagi jadi pasar ni sibuk sikit boleh dikatakan sesak. Yang ironic nye pasar ni penuh dengan orang muslim sebagai penjual dan menampakkan penempatan disini kebanyakannya adalah muslim. Kuil disini sangat besar yang ke-3 terbesar didunia. Kalau datang hat yai tak sah kalau tak singgah sini.


Bahagian luar kuil. Pintu gerbang.


Tempat kedua untuk hari ni kami pergi ke phra maha chedi tripod adalah sebuah kuil juga dalam 21 minute dari hotel kami. Dengan bantuan waze kami pun redah ke kuil tu. Dalam perjalanan ke kuil kami terjumpa university satu jalan ke kuil tu. Gabungan modern dan tradisional. Bumbung University berbentuk macam bumbung kuil. Satu senibina yang cantik dan sangat elegant.. best jugak kalau belajar kat sini. Bayangkan university di Malaysia berbentuk minangkabau sepenuhnya. Style.






Berbalik kepada perjalanan ke kuil.. Kawasan dia adalah bukit yang agak curam dan tinggi. Jadi dengan kuasa moto yang tak berapa kuasa ni kami gagahkan juga untuk naik menggunakan moto. Nasib baik mote gear, awal2 tadi diorang nak bagi moto skuter kat kami nasib baik la. Terus terang perjalanan bukit ni sanagt cantik dengan pokok getah yang sangat tersusun memang best guna moto kalau guna kereta tak dapat nampak dengan jelas. Sampai je kami di atas bukit yang mana menempatkan kuil tu elok2 je exzos moto berasap-asap. Yea la mana tak nye moto ni bawak aku yang berat ni dengan adik aku yang berat tulang. Tak semput dibuatnye moto ni. Nasib baik tak over heat. Apa yang best nye pasal kuil ni adalah ia berada atas bukit dan dipenuhi dengan bunyian loceng ibarat satu simfoni alam. Pemandangan pun cantik. Adab kalau pergi tempat ibadat kita kena jaga tertib dan peraturan yang mereka tetapkan. Sebelum masuk kene la buka kasut.

Selalunya pelancong dari Malaysia dan singapura datang ke Thailand untuk melawat kuil disini untuk beribadat. Apa yang kami perasan banyak sumbangan dari individu Malaysia dan singapura kepada kuil di Thailand ini sebagai buktinya banyak plat-plat nama yang menunjukkan orang yang memberi sumbangan. Di tingkat bawah kuil ini adalah bulat dah terdapat berberapa pintu bulat disekeliling dinding. Setiap pintu ada hari-hari nya dan terdapat patung budha yang berbeza setiap pintu. Di ruangan tengah terdapat tempat sembahyang mereka dan the best part is tingkat atas adalah besi sepenuhnya. Walaupun cuaca panas tapi bila berada diatas bukit sangat berangin ditambah bunyi loceng yang ditiup angin. Wah!
Selesai sudah ke phra maha chedi tripod ni kami terus ke lokasi ke 3 yang mana terkenal dengan mayat sami yang tidak reput dan kuku rambut masih tumbuh. So ke sana la tempat seterusnya. Dari kuil phra maha ni ke kuil seterusnya mengambil masa agak lama dalam 40 minute. Jalan yang waze bawak kami ni dah macam jalan nak pergi ke banting. Sangat la jauh diatas moto. Tapi tak pa memang kami nak tengok the other side of hat yai. Sepanjang perjalanan kami ni kami memang membawa botol air dan diisi di mana2 je water dispenser yang kami jumpa.

Wat pako suwannaram ni tersasar jauh sikit dari Bandar hat yai. Sesampai saja ada banyak kuil dalam satu kawasan dan kami pun tak tahu yang mana satu terletaknya mayat sami tu. Dah hampir semua kuil kami masuk, last sekali kami tanya je orang kat situ dengan bahasa isyarat berpandukan gambar. Nak dijadikan cerita 21 november haritu adalah ulang tahun kematian sami tu. Kuil yang pertama sekali kami masuk tu adalah kuil yang tersimpan mayat sami. Sekali lagi kami masuk ke kuil tu memang ada keranda tapi penuh ditutupi dengan bunga. Jadi pikir2 la sendiri mungkin diorang tak nak bagi tengok atau dah beralih tempat. Cuma yang boleh nampak hanyalah gambar.













Yang diatas itulah gambar mayatnya.
Habis jelajah semua kuil tu kami beredar ke destinasi seterusnya. Destinasi ke 4 adalah hat yai municipal park. Dari selatan hat yai ke utara hat yai dalam 1 jam jugak perjalanan. Entrance ke municipal park sepatutnye di cable car. Tapi kami masuk ke entrance lain. Haaaa nak naik ke hat yai municipal park ni pun kene menggunakan moto yang power. Kalau skuter lupakan je la kalau tak…berasap la moto. Moto Kami Ni Pun Dah Berasap Nasib Je La. sampa je diatas pemandangan sini memang cantik dengan ketinggian ni boleh tengok bandar hat yai.

Seluruh Bandar hat yai











Disebabkan terlampau panas dan jauh nye nak pergi dari satu statue ke statue lain kami pun menghabiskan je la perjalan ke municipal park ni. Sebenarnya municipal park ni ada 3 statue dah jaraknye boleh tahan jauh dan sangat berbukit. Takot terbakarkan moto aku ni dah la sewa. (Sebenarnye dah tak larat). Owh satu benda yang aku perasan semenjak jelajah kuil ni banyak dekat pokok yang diorang lilit kain berwarna-warni. Menurut kepercayaan diorang kain warna-warni ni diikat apabila ritual keagamaan diadakan…dekat municipal park ni pun ada. Cadangnya nak pergi empat tempat je tapi jam baru pukul 2 petang wah awal lagi. Kat hat yai ni waktu bergerak lambat ke apa. Jadi kami balik dulu hotel, masing2 dah penat sangat dan dehydarated. Selepas rehat kami pun habiskan la list dalam map tu. Ke tempat ke 5 To nga chang waterfall atau namtok. Namtok ni maksudnye air terjun. Perjalanannye pun boleh tahan dalam 40 minute dari hotel kami. Perjalanaan ni terasa jauh sangat mungkin dah lama duduk atas moto ni. Sesampai je destinasi yang Waze katakan ni kuil. Kami sangat clueless nak tanya tok sami ni paham ke idok entah. Cuba la jugak nasib, tapi tok sami ni baik siap tunjuk arah sampai keluar lagi. Tapi kami masih tak jumpa. Jadi kami pun tanya la lagi dekat kedai yang dok jual petrol seludup ni. Memang macam ayam denagn itik bercakap. At last yang menyatukan percakapan kami adalah TEKNOLOGI diorang pun pakai internet okey. Aku punye la google translate la siap bukak microphone utuk diorang paham. Last2 dia kata straight je. Kami pun redah je la kalau jumpa pergi kalau tak patah balik. Akhirnye jumpa tapi yang tak boleh tahan tu kene bayaran masuk de 200 baht per person. Pastu dia bagi isyarat yang masa dah lambat sangat untuk masuk dalam, lagi pun masa dah pukul 4 lebih nak pukul 5 petang. Dengan sedih dan penat kami balik la ke hat yai. Dalam perjalanan bali kami ada la singgah kat index livigmall yang lebih kepada tempat yang jual peralatan rumah ala macam ikea. Sebab yang kami singgah ni adalah sebab structure bangunan dia cantik dan agak tak keterlaluan kalau nk cakap ni antara shopping mall yang exclusive binaannya kat hat yai ni. Macam biasa hat yai ni penuh dengan guard dan kawalan ketat dari sekuriti mereka. So masa kami nak masuk main gate kene tahan dan kene tunjuk passport then baru boleh masuk. Majority kawalan sini ketat. Dalam macam mall ni biasa la dan ada jugak tempat untuk solat.





Ini pengankutan awam diorang. Masa ni budak2 sekolah balik. Macam best diri situ. Lagi satu pengangkutan dorang ni tak pernah slow walaupun ada orang berdiri kat belakang ni. Steady je. Hari pun makin gelap so kami bercadang nak makan kat restorant salma. Tapi nak juga rasa tempat lain jadi kami look around je la pakai waze. Keluar la nama restaurant muslim. Kami pun redah je lagipun tak jauh dengan kedudukan kami. Waze bawak kami kat sini.
Macam biasa kami pesan makanan dalam bahasa melayu. Diorang boleh je cakap melayu. Selagi muslim kat Thailand ni Insha Allah boleh cakap melayu. Kami order nasi kosong dengan paprik seafood. Pergh seriously sedap sangat dia punya paprik. Yang ni terbaik. Korang boleh la pergi tak jauh pun dari salma restorant. Mungkin kalau kat malysia biasa masakan thai ni. Tapi terus terang lain sangat masakan thai Malaysia dengan sini. Jadi kene cuba rasa sendiri.





Comments

Popular Posts